KUCHING: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamarudin semalam mendakwa Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang sengaja memutarbelitkan kenyataannya.
Justeru beliau akan meng-ambil tindakan undang-undang terhadap Idris yang juga bekas setiausaha politik Ketua Menteri dan bekas senator (Dewan Negara).
Dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam Zuraida berkata pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, komited sepenuhnya menyokong autonomi penuh negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dalam semangat Persekutuan Malaysia.
Tambahnya dalam sema-ngat Persekutuan Malaysia, pemimpin-pemimpin peng-asas negara berjanji memberi kepentingan dan hak lebih baik kepada rakyat Sabah dan Sarawak, untuk meneruskan sebuah negara yang adil, bebas skandal politik, rasuah, pembaziran dana awam dan eksploitasi ke atas masyarakat lebih lemah.
Ahli PArlimen Ampang itu berkata beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri menghalang Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah, fanatik perkauman serta agama memasuki Sarawak.
“Semua pemimpin Pakatan Harapan telah berikrar memberi sokongan penuh kepada autonomi imigresen untuk dua negeri di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) tetapi kami akan terus menyuarakan bantahan ke atas penyalahgunaan kuasa yang merupakan hak negeri termasuk keputusan sewenang-wenangnya untuk menghalang demokrasi ahli-ahli Parlimen dipilih rakyat serta aktivitis mema-suki Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan aktiviti sah dan tidak menyalahi undang-undang,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar.
Tambahnya lagi, pemimpin politik dan aktivis sosial serta pejuang hak sivil dari Semenanjung Malaysia akan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menyokong hak-hak diperlukan rakyat di kedua-dua negeri itu.
“Ahli-ahli Parlimen dan aktivis-aktivis ini tidak seperti fanatik perkauman dan agama daripada Pesaka dan yang lain seperti mereka…Rakyat Sarawak mesti berwaspada bahawa Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan kua-sa autonomi untuk tujuan politik mereka.
“Idris Buang akhirnya mendedahkan pengharaman saya memasuki Sarawak adalah berkaitan dakwaan berhubung gangguan seksual dan kes rogol membabitkan wanita muda dan pelajar perempuan Penan.
“Tetapi beliau menganggap gangguan seksual dan rogol sebagai hanya satu andaian dan persepsi salah,” ujarnya.
Kata Zuraida lagi: “Sama ada bersikap melulu atau jahil, atau cuba menyekat perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap wanita di luar bandar Sarawak”.
Menurut Zuraida lagi, sebenarnya satu pasukan khas terdiri daripada Kementerian Wanita persekutuan dan kumpulan-kumpulan hak asasi wanita dilantik Kabinet Persekutuan telah melakukan siasatan pada 2009.
Berikutan itu katanya, Laporan Pasukan Khas Kabinet diterbitkan pada 2010, mendedahkan bahawa gangguan seksual dan kes rogol berlaku ke atas wanita muda dan pelajar sekolah Penan di Baram.
“Kenyataan Idris Buang hanya mengesahkan tindakan menghalang saya memasuki Sarawak dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan penyalahgunaan kuasa berlaku di negeri ini, bagi menyembunyi serta menga-buri kekejaman serta tadbir urus lemah BN di Sarawak dan Sabah,” katanya.
Tambah Zuraida lagi: “Kenyataan tidak berasas dan tidak adil Idris Buang mengenai saya dan Pakatan Harapan menunjukkan beliau kurang pintar dalam politik dan mungkin menjejaskan perjuangan seterusnya dalam dunia politik.
“Beliau cuba untuk me-ngumpul sebanyak mungkin markah politik untuk meng-ambil hati barisan kepimpinan PBB dengan harapan ia akan mencerahkan peluangnya dinamakan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri akan datang, kerana kurangnya kualiti padanya akan menjadi liabiliti kepada parti,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Pene-rangan PKR Sarawak Vernon Kedit pula berkata kenyataan Zuraida agar hak Sarawak dimansuhkan seharusnya tidak disalah faham.
“Ia dengan jelas dalam Per-lembagaan PKR dan Buku Jingga dan Deklarasi Kuching bahawa undang-undang Imigresen Sarawak akan dihormati sepenuhnya.
“Apa yang dimaksudkan YB Zuraida ialah apabila kami (Pakatan Harapan) meng-ambil alih kerajaan, kami akan menggunakan undang-undang bagi tujuan asalnya, iaitu melindungi kepentingan ekonomi rakyat Sarawak.
“Undang-undang itu kini disalahgunakan oleh BN Sarawak untuk tujuan politik. Itulah yang beliau maksudkan,” jelas Vernon.
Tambahnya, rakyat Sara-wak sepatutnya lebih bimbang dengan perbuatan BN Sarawak ‘merogol’ dan ‘merompak’ rakyat Sarawak seperti dilakukan sekarang.
“Bersuaralah menentang perkara itu kerana ia lebih membimbangkan. Sarawak bukan untuk rakyat biasa. Sarawak adalah untuk ahli-ahli politik BN Sarawak untuk ‘merampas’ dan ‘merogol’,” ujar Vernon lagi.-Borneo Post
Post a Comment