Apakah kewujudan PAN jadi ancaman kepada PAS?


DALAM konteks demokraksi, siapa juga warga negara mempunyai hak untnk menubuhkan parti dan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pilihan raya, matlamatnya adalah untuk meraih dan mendapatkan undi sebanyak mungkin daripada pendokong, penyokong mahupun simpati. Maka, oleh sebab itu mereka yang berjaya memposisikan diri dan memberi keyakinan kepada rakyat akan berjaya sebagai parti yang menang mungkin memerintah.

Untnk menukar kerajaan yang sedia memerintah, pastinya strategi harus fokus untuk menjurus menumbangkn pemerintah sedia ada melalui lunas undang-undang dan demokrasi. Amat mustahil bagi kumpulan pembangkang untuk menang, andainya strategi tumbangkn BN diburukkan dengan menambah kerumitan untuk bertarung di medan pilihan raya menentang BN yang merupakan musuh politik tapi dalam waktu sama penentang BN pula bermusuhan .

PAN dakwa diri mereka kuat, tapi apakah yang membuktikan mereka gagah? Sekiranya mereka gagah, sepatutnya ahli parlimen dan adun mereka yang dikatakan sebagai panglima sewajarnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS. PAN wajar buktikan dengan berlawan di gelanggang sekarang tanpa tunggu PRU sebab kemenangan mereka atas sebab PAS juga.

Dlm mengatur strategi menumbangkan BN, PAS ambilkira tentang SWOT Analisis berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Walaupun PAN salah satu ancaman, tetapi bagi PAS Selangor, mereka umpama kudis buta yang tidak boleh membunuh melainkan sebagai agen pengalih tumpuan dan fokus kerja PAS utk menumbangkan BN.

Insya-Allah PAS Selangor terus komited untuk memastikan, mempertahan dan melebarkan kemenangan pilihan raya. Tugas kami sebagai jentera parti untuk kerja secara berstrategi dengan penuh kesedaran melaksanakan tanggungjawab parti.

MOHD HASLIN HASAN
Pengarah Pilihan Raya PAS SelangorHARAKAHDAILY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget