Zunar terima anugerah hak asasi Hellman Hammett kali kedua


PETALING JAYA 18 OGOS – Kartunis Politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar diumumkan sebagai penerima anugerah Hellman Hammett daripada badan hak asasi Human Right Watch bagi kali kedua.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengarah Human Right Watch Asia, Phil Robertson dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Zunar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memperolehi anugerah tersebut selepas menerima anugerah yang sama pada 2011.

Anugerah ini diberikan untuk memberi sokongan moral dan bantuan kewangan kepada pengkarya yang menjadi mangsa penganiayaan politik atas hasil kerja mereka.

Menurut Phil Robertson, Zunar adalah antara 800 penulis dan aktivis daripada lebih 92 buah negara yang menerima anugerah ini sejak diwujudkan pada tahun 1989.

“Zunar adalah salah satu daripada penulis-penulis yang berani dan pengkarya yang bakal menghadapi lebih 40 tahun di dalam penjara hanya kerana menyuarakan pendapatnya menerusi Twitter.

“Dia berani menyuarakan pandangan beliau sebagai kartunis politik,” katanya.
Phil juga berkata, selain disabitkan kesalahan di mahkamah, kerajaan Malaysia juga turut menyekat sumber kewangan Zunar apabila tidak membenarkan bukunya diterbitkan di Malaysia.

Tambah beliau, Zunar juga terpaksa menanggung kos membela diri di mahkamah terhadap kes-kes hasutan berhubung tweet terhadap keputusan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

“Anda boleh melihat strategi muflis kerajaan Malaysia yang melengkapkan usaha untuk mencuba dan memenjarakan beliau kerana pandangannya” katanya pada sidang media itu.
Pada masa yang sama, Zunar mengucapkan terima kasihnya kepada Human Right Watch dan Hellman Hemmet untuk anugerah yang diberikan ketika beliau berdepan hukuman penjara 43 tahun.

“Saya ingin mengucapkan skali lagi terima kasih kerana membantu saya dalam waktu kesusahan. Ini dapat membantu saya.
“Saya akan tetap melukis walaupun saya menghadapi banyak kesukaran dari kerajaan,”katanya.

 - Keadilan Daily


Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget