SPDP teruskan usaha bergabung dengan PRS




BINTULU,Selasa — Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) telah memutuskan untuk bekerja ke arah penggabungan dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan meningkatkan kerjasama dan persefahaman dengan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional (BN). Resolusi itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya Miri, Ahad lepas.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi SPDP memberitahu parti terbabit serius untuk memenuhi cadangan penggabungan bersama yang dibuat oleh keduadua pihak beberapa tahun lalu.

"Mulai sekarang kita akan mencari idea untuk bergabung dengan PRS yang telah kian lama tertangguh. .SPDP akan bekerjasama rapat dengan PRS untuk memahami antara satu sama lain yang lebih baik untuk membuka jalan bagi penggabungan,katanya.. "Kami gembira dengan hubungan kita sekarang dengan PRS terutama melalui perjanjian ’penggabungan fikiran’ tetapi kini sudah tiba masanya untuk menuju penggabungan penuh.",menurut kenyataan itu lagi.

Dewan Tertinggi juga meluluskan resolusi menyokong pendirian Presiden SPDP Dato’ Seri Tiong King Sing mengenai lapan kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu di bawah persefahaman BN. "Kita berdiri teguh di belakang presiden untuk bertanding di kesemua lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri( PRN) akan datang sekali gus merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau untuk berdiri teguh dalam mempertahankan kepentingan parti kita."

Menurut kenyataan itu lagi, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut juga telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi untuk lapan kerusi dan mereka telah turun padang untuk bertemu dengan penduduk di kawasan yang bakal diwakili. "Maklum balas daripada pengundi amat positif kerana calon-calon yang berpotensi amat diyakini oleh penduduk tempatan dari kawasan pilihan raya dan mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam kerjaya mereka dan kerja- kerja kemasyarakatan."

Majlis Tertinggi turut meluluskan resolusi untuk bekerjasama rapat dengan parti-parti komponen BN pada PRN akan datang dalam usaha untuk menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan.-Utusan Sarawak
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget