Selamat hari jadi Papa


KUALA LUMPUR - “Selamat Hari Lahir Papa. Maafkan kami masih belum dapat bebaskan papa”.

Itu luahan hati anak sulung bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-68 pada esok.

Selain anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar, beberapa orang lagi anaknya turut berkumpul di luar Penjara Sungai Buloh bagi menunjukkan solidariti terhadap pemenjaraan Anwar menjelang hari lahirnya.

Melalui laman Twitter, Nurul Izzah sempat berkongsi beberapa gambar yang turut memaparkan adik-adiknya iaitu Nurul Iman Anwar dan Nurul Hana Anwar, yang turut hadir memberi sokongan terhadap bapanya.

PKR sebelum ini melancarkan kutipan derma sebanyak RM50 sempena hari lahir Anwar.

Kutipan itu dibuat melalui penjualan poskad hari jadi Anwar yang berharha RM50 setiap satu.

Poskad itu kemudiannya dijangka akan dihantar kepada Anwar sempena hari lahirnya esok.

Anwar yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 sebelum ini dipenjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget