Polis Marin Tahan Pemilik Kilang, Rampas 310 Kayu Balak



KUCHING (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 310 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz bernilai RM320,000 dari sebuah kilang di kawasan perairan Tanjung Kunyit Sungai Rejang dekat Sibu, hari ini.

Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP N Kalai Chelvan berkata dalam Operasi Pensura pada 1 tengah hari itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pemilik kilang itu.

"Semasa menjalankan operasi itu di perairan Tanjung Kunyit, anggota PPM Wilayah Lima menemui kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu dilonggokkan di tebingan sungai berhampiran kilang berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabui.

Susulan itu, pihaknya menghubungi Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu yang mengesahkan kayu balak itu tidak mempunyai cop Jabatan Perhutanan dan disyaki cuba mengelak daripada membayar cukai.

Menurutnya pemilik kilang dan kayu balak itu kemudian diserahkan kepada jabatan itu untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget