(Dari kiri) Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Dr. Dzulkefly Ahmad bercakap kepada wartawan tentang saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana melanggar peraturan pilihan raya. |
PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah.
Beliau juga menggesa agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula.
Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu.
Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu.
Turut menyaman adalah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Dzulkefly Ahmad dan turut dinamakan sebagai plaintif adalah dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
- The Malaysian Insider
Post a Comment