PKR lapor polis isu RM2.6 bilion masuk akaun PM


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuat dua laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Naib Pengerusi PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata laporan tersebut dibuat oleh badan utama parti dan sayap Pemuda PKR diketuai Chua Kuan Ching.

Kedua-dua laporan itu, menurut Voon adalah bagi menuntut SPRM untuk menyiasat wang derma tersebut di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.

“Kami (PKR) membuat laporan untuk menuntut SPRM menjalankan siasatan ke atas derma tersebut sama ada ia wang rasuah atau tidak. Perdana Menteri diminta memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita sebelum laporan tersebut dibuat.

Beliau menegaskan bahawa wang itu dianggap sebagai ‘wang rasuah’ selagi SPRM dan Najib tidak memberi penjelasan.

Voon juga memberitahu bahawa lebih banyak cawangan parti akan membuat laporan sama kepada SPRM sambil menambah parti menjalankan kempen kebangsaan untuk membuat laporan sedemikian.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget