BETONG, 8 Ogos: "Kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu pembangunan luar bandar menerusi RMK11"', kata YB Datuk Amar Douglas Unggah semalam.
Pada majlis anjuran bersama AJK Dewan Pahlawan Tujuh, PBB Ranting Kpg Bungin, Rela Bungin, Komuniti 1 Malaysia dan PIBG SK Bungin itu, Ahli Parlimen Betong turut menyampaikan peruntukan MRP untuk Masjid Kampung Bungin sebanyak RM10 ribu, manakala Surau Sentosa Tengah, Surau Setia Kampung Hilir dan Surau Kampung Hulu mendapat RM5 ribu setiap satu surau.
ADUN Saribas, YB Razi Sitam turut menyampaikan sumbangan untuk Dewan Pahlawan Tujuh Kampung Bungin sebanyak RM10 ribu. Turut menerima sumbangan dari ADUN tersebut ialah RELA Kampung Bungin iaitu sebanyak RM2 ribu.
Sebelum itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia itu juga mengumumkan peruntukan untuk membuat parit konkrit Kpg Hulu sebanyak RM50 ribu, Kpg Hilir juga sebanyak RM50 ribu, tapak Pesta Bungin sebanyak RM35 ribu dan untuk Jalan lorong pula sebanyak RM60 ribu.
Datuk Amar Douglas turut menegaskan bahawa beliau dan wakil rakyat DUN Saribas akan berterusan membantu pembangunan di kawasan tersebut dengan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan. "Teruskan menyokong Barisan Nasional", tambah beliau.-SarawakLIVE

Post a Comment