Hospital Miri perlu tambah pintu keluar elak kesesakan



MIRI: Hospital Miri memerlukan sebuah lagi pintu keluar bagi mengelak kesesakan teruk dalam pekarangan hospital terutama pada waktu puncak pagi dan petang.

Jurucakap Hospital Miri memberitahu tapak bagi pintu keluar itu telah disedia namun memerlukan kelulusan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Hospital Miri amat memerlukan pintu keluar kedua bagi mengelakkan kesesakan teruk kerana ketika ini hanya ada satu pintu utama sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, pintu keluar kedua yang dicadangkan terletak di tanah rizab kerajaan berhampiran Jalan Cahaya Lopeng iaitu juga berdekatan surau dalam pekarangan Hospital Miri.

“Kita berharap agensi kerajaan berkaitan mempertimbang serta meluluskan permohonan Hospital Miri untuk menyediakan pintu kedua untuk kelancaran trafik,” jelasnya.

Sementara itu, pihak Hospital Miri juga akan memohon sebahagian penghadang jalan berdepan kantin bagi memudahkan bas awam membuat pusingan ‘U’ dalam masa terdekat.

“Sebaik sahaja kerja memotong sebahagian penghadang jalan dilakukan selesai, maka pihak pengusaha bas akan dibenarkan beroperasi di dalam perkarangan hospital,” katanya.

Semalam, pihak Miri City Bus dan Miri Belait Sdn Bhd telah melakukan percubaan untuk beroperasi dalam pekarangan hospital namun masalah yang dihadapi iaitu ketika membuat pusingan ‘U.’

Pengangkutan awam itu telah beroperasi mengambil penumpang sejak Mei lalu namun pihak pengusaha memohon supaya perkhidmatan itu dipanjang ke dalam pekarangan hospital.

Pengurus Miri City Bas dan Miri Belait Sdn Bhd, Kiew Toh Hee berkata pihaknya dalam tempoh percubaan tiga bulan bagi menyediakan perkhidmatan bas.

“Kami sebelum ini beroperasi di luar kawasan hospital namun bagi memudahkan pesakit, kami memohon supaya perkhidmatan itu dipanjang keselesaaan penumpang,” jelasnya.

Toh pada masa sama menggesa supaya masyarakat setempat khususnya mereka yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam untuk tidak mengguna atau menyokong perkhidmatan kereta sapu.

“Jangan menyokong perkhidmatan kereta sapu sebab jika mereka berebut pelanggan dengan bas, ini akan menyebab perjalanan bas ke Hospital Miri mungkin ditamatkan lagi,” tambahnya.

Perjalanan bas beroperasi tujuh ke lapan kali perjalanan bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 5 petang.

Tempoh perjalanan pada waktu pagi adalah selang satu jam manakala waktu petang adalah dua jam.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget