Pejabat SS nafi berita penyampaian bantuan RM1,000 hari ini



KUCHING: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menafikan pengumuman menerusi media sosial yang menyatakan bahawa Yayasan Warisan Anak Sarawak akan menyampaikan bantuan RM1,000 kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.


Menurut The Borneo Post, pengumuman berita palsu yang bertajuk 'Berita Baik Buat Rakyat Sarawak (Berita baik untuk rakyat Sarawak) yang telah menjadi viral hari ini, menyatakan bahawa orang-orang yang mempunyai alamat di Sarawak boleh memohon bantuan pada 16 Ogos di Dewan Suarah pada pukul 10 pagi esok.

Pengumuman tersebut juga memesan agar pemohon membawa bersama MyKad mereka, slip gaji, bil elektrik sebagai syarat untuk menerima bantuan berkenaan.

Kenyataan berkenaan juga menyatakan orang ramai boleh menghubungi wakil-wakil rakyat tempatan di kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan itu kerana mereka didakwa menjadi penyelaras untuk kerajaan negeri.

Kenyataan tersebut juga memetik satu laman web - www.sarawaku.gov - untuk maklumat lanjut. Semakan sepintas lalu alamat laman web telah menyatakan mesej ‘Web Page Is Not Available’ (Lama Web Tidak Wujud atau telah dipadamkan).

Pengumuman palsu ini oleh pihak yangtidak bertanggungjawab dilihat adalah satu usaha yang sengaja untuk menimbul kemarahan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.- Sarawakiana
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget