Sebahagian daripada ribuan rakyat Malaysia yang menyertai solat hajat mendoakan Malaysia selamat daripada tragedi di Dataran Merdeka, malam ini. |
KUALA LUMPUR, : Ribuan rakyat Malaysia hari ini membanjiri Dataran Merdeka memohon supaya negara diselamatkan daripada fitnah yang merosakkan kesejahteraan rakyat.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu turut mendoakan negara diselamatkan daripada pelbagai tragedi seperti kehilangan pesawat MH370, nahas pesawat MH17, banjir besar dan gempar bumi seperti yang berlaku di Ranau baru-baru ini.
Najib, tiga dari kiri, turut menyertai solat hajat di Dataran Merdeka, tadi bagi mendoakan Malaysia selamat daripada sebarang tragedi. |
Program dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat dan kemudiannya disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Kabinet.
Program kemudiannya diteruskan dengan selawat yang dipimpin oleh habib Syech Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia.
Datuk Ramli Sarip dan Datuk Hattan turut tidak ketinggalan membuat persembahan kesenian Islam.
Doa untuk Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Malaysia #sehatisejiwa.
Menurut penganjur, program yang sama turut dilaksanakan oleh agama-agama lain seperti Hindu di Kuil Sri Muthu Mariamman, Lembah Pantai; Buddha di Sentul Buddihst; Kristian di Grace Charismatic Fellowship, Shah Alam dan Sikh di Gudwara Sahib Selayang Baru masing-masing pada Ahad depan.
- The Rakyat Post
Post a Comment