PAS terus terima penyertaan ahli baharu


KUANTAN: PAS terus menerima kemasukan ahli baharu dalam suasana parti itu menghadapi cabaran selepas muktamar tahunan ke-61 pada Jun lalu.

Pada perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 3.0) peringkat negeri Pahang yang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Fatah Batu 3, di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar menyerahkan borang penyertaan ahli baharu PAS seramai 400 orang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain Tuan Guru Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Puat, Sanusi Mohd Nor dan Pengerusi DHPP Pusat, Balasubramaniam.

Semalam, kira-kira 1,500 orang menyertai Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Kuala Krau.

Di samping Tuan Ibrahim selaku perasmi dan pembentang, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Nasrudin Hassan turut membentang kertas kerja dan menjawab pertanyaan para peserta. - HARAKAHDAILY 
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget