Parlimen hanyalah pak turut – dakwa Pua



KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mahu pihak berkaitan menjelaskan penggantungan prosiding jawatankuasa itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menyifatkan Parlimen hanya berperanan sebagai pak turut.

“Siapa yang mengarahkan Setiausaha PAC yang juga Setiausaha Parlimen untuk memberi arahan penggantungan terhadap prosiding itu?

“Jika arahan itu datangnya daripada Speaker, kami mahu tahu kenapa. Adakah wujud peruntukan yang membenarkan beliau berbuat demikian?

“Mereka sekurang-kurangnya patut benarkan PAC bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu.

“Mereka bertindak seperti tiada peraturan dan kami hanya penyibuk dalam perkara ini. Ini juga membuktikan Parlimen kita tidak akan menjadi Parlimen kelas pertama, sebaliknya hanya pak turut,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu sidang media di bangunan Parlimen sementara, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa, kerajaan sentiasa bimbang dan mengadu rakyat mudah terpengaruh kepada tanggapan, namun persepsi itu terbukti benar hari ini.

“Saya meminta rakyat percaya kepada persepsi ini, kerana hari ini ia terbukti benar dengan arahan ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, penggantungan itu bukan sahaja satu penghinaan terhadap PAC, tetapi juga Parlimen.

“Anggota PAC dipilih di Parlimen oleh ahli Parlimen. Ia merupakan keaiban terhadap Parlimen, apabila pintu-pintu ke bilik mesyuarat turut dikunci,” katanya.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget