Pengerusi Pro Tem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Rawa memberi amaran Malaysia semakin menuju kediktatoran, melihat kepada cara institusi penguatkuasaan yang digunakan kerajaan memerintah.
Beliau berkata pentadbiran Barisan Nasional (BN) melakukan pelanggaran jelas apabila agensi penguatkuasaan digunakan untuk menyiasat satu sama lain supaya dapat menutup kesalahan.
"Kita tidak pernah melihat bagaimana polis menyiasat agensi penguatkuasaan yang lain, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"SPRM sedang menyiasat kes yang membabitkan dakwaan terhadap perdana menteri, polis yang di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang kini dijadikan timbalan perdana menteri, menyiasat SPRM, dan kini SPRM menyiasat pihak polis.
"Kita akan kelam kabut. PM menyingkirkan Peguam Negara dan kemudian datang dakwaan yang Peguam Negara menulis deraf dakwaan untuk menahan perdana menteri... semua ini menunjukkan yang kita bukan sahaja menuju ke arah negara yang gagal, tetapi juga satu kediktatoran," katanya pada satu rumah terbuka yang dianjurkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Seberang Jaya malam ini.
- The Malaysian Insider
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.