‘Maharaja Najib’ sudah jadi diktaktor, kata PKR

Penyalahgunaan kuasa sebagai Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan bahawa "Maharaja Najib" sudah menjadi seorang diktaktor, kata Nurul Izzah Anwar.
Naib presiden PKR itu berkata, Najib sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kuasanya masih lagi berada dalam tangan beliau.

"Amat mengejutkan sekali apabila beliau menyingkirkan pengkritik-pengkritik beliau yang lantang seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Badan-badan yang menyiasat 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga terpalit.

"Seperti penyingkiran peguam negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), gangguan serta tangkapan ke atas pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) serta gangguan ke atas gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz).

"Secara tidak langsung tindakan ini merencatkan siasatan ke atas 1MDB," katanya kepada pemberita sewaktu menyambut ulang tahun hari jadi bapanya yang ke-68 di luar Penjara Sungai Buloh hari ini. 

Katanya, tindakan represif untuk menekan hak-hak fundamental mempunyai implikasi yang amat buruk kepada reputasi Malaysia di persada antarabangsa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tindakan diktaktor Najib itu termasuk memenjarakan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua semenjak 10 Februari 2015.

"Beliau (Anwar) dipenjarakan kerana menyatukan rakyat unutk bersuara menentang kezaliman, memimpin gerakan reformasi, ketelusan, keadilan, dan kebertanggungjawaban dlam pengurusan negara.

"Beliau dipenjarakan kerana berani menyatukan rakyat untuk menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget