PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua lagi warganegara Malaysia terkorban dalam kerjadian letupan bom di Bangkok.
Angka itu menjadikan rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian letupan di pusat tumpuan pelancong asing itu meningkat kepada empat orang.
Dua rakyat Malaysia itu ialah Lee Tze Siang dan anaknya Lee Jing Xuan.
Mayat kedua-duanya ditempatkan di Police General Hospital dan Hospital Chulalongkorn Bangkok untuk bedah siasat.
Dalam satu kenyataan yang sama, Kementerian Luar juga berkata seorang lagi warganegara Malaysia, Neoh Hock Guan dilaporkan cedera dan dirawat di Police General Hospital.
Mangsa yang cedera juga telah meningkat kepada tiga orang.
Wisma Putra sebelum ini mengesahkan dua rakyat Malaysia, Lim Saw Gek dan anak lelakinya Neoh Jai Jun terbunuh dalam insiden manakala dua orang lagi cedera, Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu.
- Free Malaysia Today
Post a Comment