DAP mulakan sengketa

KOTA BHARU 31 Julai - Perbalahan Pas dengan DAP seperti tidak berkesudahan apabila pemimpin kedua-dua parti itu saling menghentam serta membidas antara satu sama lain.

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Hari ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berang apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Pas lebih gemar mengkritik parti itu berbanding memberi tumpuan terhadap isu negara.

“Bila kita kritik dia? Apa yang kita cakap itu hanyalah bersifat reaksi kepada kenyataan fitnah pimpinan DAP sendiri. Bukan kita yang memulakannya.

“Yang memutuskan hubungan adalah DAP dulu. Di Sarawak, dia putuskan hubungan dengan Pas. Selepas itu di Sabah, kemudian dia memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Usul yang dibawa Dewan Ulama iaitu memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pula adalah reaksi terhadap segala tindakan dibuat DAP,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain dilaporkan mendakwa Pas gemar mengkritik DAP berbanding memberi tumpuan terhadap isu negara, Guan Eng turut mendakwa barisan pemimpin Pas kini dilihat semakin condong kepada UMNO.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian bagi menjawab sindiran Mohd. Amar beberapa hari lalu bahawa beliau seorang yang 'terlalu banyak bercakap' sehingga menyusahkan diri sendiri.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, Pas tidak pernah mengkritik secara terbuka sebarang dasar atau keputusan yang dibuat DAP meskipun tidak menyokong perkara itu.

“Contohnya apabila DAP bawa usul rang undang-undang pilihan raya kerajaan tempatan, Pas tidak kritik perkara itu dalam akhbar sehingga menjadi sensasi.

“Tetapi dalam isu hudud, DAP jadikan perkara ini satu benda cukup sensasi dengan menggunakan media massa,” katanya.

- Utusan Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget