Amal konsep 1Dayak, pastikan kaum Dayak tidak ketinggalan: Rundi




SIBU: Konsep 1Dayak harus digunakan oleh masyarakat Dayak untuk membangunkan taraf hidup mereka untuk bersaing dengan bangsa lain yang sudah jauh lebih maju.

Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, masyarakat Dayak harus mengakui bahawa mereka masih ketinggalan daripada bangsa lain.

Menurutnya, konsep 1Dayak ini harus diguna untuk menyatupadukan Dayak, bekerjasama sesama Dayak dan membantu membangunkan bangsa sendiri.

“Jangan hanya mengaku diri sendiri ketinggalan tetapi harus disertai dengan usaha keras untuk membangunkan diri sendiri. Buang jauh-jauh sikap putus asa dan tekun untuk memajukan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2015 di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Jelasnya, konsep 1Dayak ini harus kita gunakan dan sebagai platform untuk membangunkan Dayak supaya kita sama-sama seiring dengan bangsa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2015 di Dataran Sibu.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Datuk Alice Jawan, Penasihat BDCF 2015 Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, Pengerusi BDCF 2015 Kaunselor Paulus Dandee Banyang serta tetamu jemputan yang lain.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Belia turut memberitahu bahawa bangsa Dayak masih lagi mengalami kekurangan meskipun negara ini sudah merdeka lebih 50 tahun lalu.

Katanya kekurangan yang dihadapi ialah dalam bidang ekonomi.

“Kenapa kita masih lagi terkial-kial tidak tentu arah meskipun negara sudah lama merdeka.

“Ini kerana kita tiada cita-cita iaitu tiada azam untuk mengubah diri sendiri. Jangan harapkan orang lain membangunkan kita atau mengubah kita tetapi kita sendiri mesti mengubah diri sendiri,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu.

Bagaimanapun, Dr Rundi berkata banyak antara bangsa Dayak sudah maju dan menyandang jawatan tinggi pada masa kini.

Katanya jangan jadikan alasan kenapa tidak dapat mengikut jejak langkah mereka yang sudah lama berjaya.

“Untuk itu, kita mesti ada ikon. jadikan sebagai mentor dan contohilah dia untuk panduan kita berjaya dalam kehidupan,” tambahnya lagi.-Utusan Borneo

Post a Comment

Make it a dream come true to have IDayak Unity.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget