Adam Adli, Syukri ditahan reman 6 hari, Mandeep 4 hari


Aktivis belia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Razab ditahan reman selama 6 hari mulai hari ini manakala aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh selama 4 hari, kata peguam mereka Michelle Yesudas.

Beliau menulis di Twitter, Adam dan Syukri disiasat berhubung satu sidang media di mana mereka bercakap mengenai satu perhimpunan yang "masih belum terjadi."

Mandeep, sementara itu ditahan reman kerana dikatakan menyokong Adam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, tetapi Yesudas berkata ia tidak benar kerana Mandeep ketika itu berada di lokasi berbeza.

Ketiga-tiga mereka ditangkap semalam, sebelum perhimpunan jalanan #TangkapNajib di Kuala Lumpur petang ini.

Yesudas berkata, ketiga-tiga mereka ditahan bagi menghalang mereka daripada menyertai perhimpunan #TangkapNajib di pusat bandar hari ini. 

"Saya merujuk kepada perhimpunan #TangkapNajib, kerana apabila mereka dipanggil pada 31 Julai, perhimpunan itu tidak berlaku lagi," kata beliau kepada The Malaysian Insider. 

"Adam dan Syukri ditahan reman selama enam hari kerana kenyataan mereka yang dibuat pada sidang akhbar Demi Malaysia... majistret berkata enam hari diperlukan untuk menjalankan siasatan seperti cap jari, gambar dan pengambilan proses DNA," katanya. 

Mandeep, Yesudas berkata, direman selama empat hari dengan alasan beliau menghadirkan diri di balai polis Dang Wangi semalam, walaupun menghadiri program lain.

"Terdapat salah faham yang beliau (Mandeep) berada di Dang Wangi... dia sebenarnya di #attheedge semalam," katanya. 

"Polis berkata, kerana kehadirannya, dia dianggap suspek yang munasabah... itu tidak betul dan kita membangkitkan perkara itu dengan majistret tetapi majistret berkata, sudah terlambat," katanya. –The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget