Sarawak cadang wujudkan sistem pengangkutan rel


KUCHING: Kerajaan Negeri dalam rancangannya mengurangkan kesesakan lalu lintas jalan raya dalam jangka masa panjang kemungkinan akan mewujudkan sistem pengangkutan rel di bandar utama negeri ini. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, DatoÂ’ Sri Michael Manying Jawong berkata demikian kerana sistem rel juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam lebih baik di bandar utama termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

"Ini kerana railway (sistem pengangkutan rel) boleh membawa lebih ramai penumpang, memang ini (kos pengwujudannya) akan amat mahal sehingg mencecah bebilion ringgit, tetapi dalam jangka masa panjang pasti dapat menyelesaikan masalah (kesesakkan lalu lintas jalan raya) terbabit," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2016 di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, semalam.

Manyin berkata sistem terbabit sudah banyak digunakan di bandar utama banyak negara lain termasuk China, Taiwan dan Australia malahan Kuala Lumpur juga sudah menggunakan sistem pengangkutan rel dikenali sebagai Light Rapid Transit (LRT). Beliau berkata bukan sahaja pengwujudan sistem rel di bandar utama negeri ini akan menelan kos amat tinggi malahan kerajaan juga perlu berterusan memberikan subsidi kepada syarikat pengendali sistem itu.

"Namun, kita tiada pilihan lain, lihat Kuala Lumpur mereka juga sudah ada LRT yang kosnya berbilion ringgit. Selain itu, saya sudah memohon peruntukan (Kerajaan Persekutuan) Putra Jaya bagi membina lebih banyak laluan jalan bertingkat di bandar utama negeri ini bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas," katanya.

Manyin mengakui setakat ini tiada permohonan terbabit termasuk pembinaan lima lagi laluan jalan bertingkat baharu di banda raya Kuching sudah diluluskan dan akan mengemukakan semula permohonan itu dalam peringkat seterusnya pelaksanaan projek Rancangan Malaysia ke-11.

Beliau berkata setakat ini masalah kesesakkan lalu lintas semakin bertambah teruk sepanjang jalan raya menghubungkan Kuching dengan Kota Samarahan disebabkan banyak perumahan baharu dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Di Sarawak juga perkara biasa bagi satu keluarga memiliki sehingga lima atau empat kereta. Disebabkan itu antara 1.6 juta atau 1.7 juta kenderaan di jalan raya negeri ini walaupun penduduk Sarawak hanya seramai 2.6 juta orang," katanya.

Jumlah kenderaan yang banyak itu disebabkan setiap tahun antara 80,000 hingga 90,000 kenderaan baharu memasuki jalan raya negeri ini dan berpunca dari pengangkutan awam yang tidak baik sehingga setiap penduduk terpaksa memiliki kenderaan sendiri. Akibatnya, walaupun kerap kempen keselamatan jalan raya diadakan, usaha itu kurang berkesan mengurangkan kemalangan jalan raya dan purata seorang akan maut akibat kemalangan jalan raya setiap hari di negeri ini serta ke 10 tertinggi antara negeri.

Manakala di seluruh negara sepanjang tahun 2015 seramai 6,706 orang maut akibat kemalangan jalan raya di negara ini dengan purata 18 orang maut setiap hari dan meningkat berbanding 6,674 orang maut sepanjang 2014. Turut hadir Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Dato James Chan Khay Syn dan Peng- arah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak, Davina Agnes Enteli. - Utusan Sarawak.

Post a Comment

talk only...after 2016 election wait another 5 years to hear the same rail suggestion!!

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget