PKR buka ranting, rekrut ahli baharu Kampung Kudei Lama



KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ranting dan merekrut 24 ahli baharu di Kampung Kudei Lama, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Petra Jaya Mohd Salleh Shawkat Ali.

Beliau memberitahu, pembukaan ranting itu hasil perbincangan dan persetujuan penduduk Kampung Kudei Lama yang baharu menjadi ahli PKR selepas mendakwa mereka dipinggir Barisan Nasional (BN) selama ini.

Majlis pertemuan yang diadakan di rumah Ketua Ranting PKR Kampung Kudei Lama Abu Bakar Ekbar malam Jumaat lalu, turut dihadiri Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Mokhsen.

“Hasil perbincangan semua telah bersetuju menjadi ahli PKR seterusnya membuka ranting baharu di Kampung Kudei Lama ini.

“Kesemua ahli baharu ini terdiri daripada mereka yang kecewa setelah dipinggirkan sejak sekian lama oleh kerajaan BN,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Malah, Mohd Salleh mendedahkan bahawa seramai 24 orang dari kampung itu berusia 18 hingga 55 tahun menyertai PKR, terdiri daripada individu yang sering menjadi mangsa banjir.

“Mereka sering memohon bantuan ketika ditimpa musibah banjir tetapi bantuan itu tidak sampai termasuk penerima sepatutnya,” katanya.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata masalah penduduk di kawasan itu khususnya isu banjir turut dibincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik menangani masalah tersebut.

Sehubungan itu, beliau bersama jentera baharu PKR Ranting Kampung Kudei Lama akan berusaha merekrut ahli baharu di kawasan tersebut sebagai persiapan sebelum menjelangnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) kelak.-Borneo Post


Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget