Persiapan awal menghadapi banjir penting, kata Adenan



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan persiapan awal menghadapi banjir penting dalam memastikan setiap langkah yang diambil ketika bencana ini berjalan lancar.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Serba Guna Taman Malihah di sini, kelmarin berpuas hati dengan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, setakat ini seramai 617 orang terjejas membabitkan kawasan Kuching dan Bau.

Ia berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lepas mengakibatkan beberapa kawasan kediaman penduduk terjejas dan dinaiki air.

“Kita harap keadaan akan bertambah baik dan hujan berhenti.

“Bagaimanapun kita tetap sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kemungkinan banjir disebabkan air pasang besar,” katanya.

Adenan yang tiba di pusat penempatan sementara sekitar jam 4 petang turut berpuas hati dengan proses pemindahan mangsa yang dilakukan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA, Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kesemua mangsa di sini turut menerima bantuan keperluan asas seperti makanan, tempat tidur dan tikar.

“Oleh itu saya mahu memastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan yang sepatutnya,” ujar Adenan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget