Isytihar bonus tak tutup unjuran rizab negatif


PETALING JAYA: Pengumuman bonus tahunan lima % dan bonus haji tiga % tidak bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) kukuh.

Menurut Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli penyata kewangan TH yang diaudit lazimnya hanya dikeluarkanpada akhir tahun dan kedudukan sebenar kewangan dan rizab TH bagi tahun kewangan 2015 sepatutnya dikeluarkan pada akhir tahun 2016.

“Kedudukan rizab TH diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab TH mengalami defisit. Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia.

“Defisit rizab TH bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit,” katanya.

Berikutan itu Ahli Parlimen Pandan juga menyifatkan keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan Datuk Seri Jamil Khir tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang TH sebagai pelaburan.

Ini ditambah dengan prestasi Bursa Kuala Lumpur yang jatuh mendadak sepanjang 2015, justeru jika kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion, oleh itu ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Jamil Khir.

“TH membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahun-tahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 besar kemungkinan bermotifkan pilihanraya; bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB untuk meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan,” ujar beliau.

Lantaran itu, Rafizi bertegas akan terus menyiarkan analisa kewangan mengenai TH dengan harapan ia akan dapat mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang yang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan.-FMT

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget