AMANAH Letak Calon Bukan Islam di Sarawak

Parti Amanah Negara (AMANAH) meletakkan calon bukan Islam dari kalangan anggota penuh parti itu dan bukan penyokong semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir berkata parti itu juga akan meletakkan calon daripada pelbagai kaum yang mewakili pribumi kenyalang.

"Kami akan turunkan anggota penuh AMANAH dari calon bukan Islam.

"Malah, semua calon anak tempatan dan kalau ada peluang kita akan hantar calon dari kaum Cina dan Dayak. Ia akan diputuskan kepada Pakatan Harapan," kata Anuar dalam sidang media di Wisma AMANAH hari ini.

PAS baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di 11 kawasan DUN dan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka Mac ini.

Mengulas lanjut, Anuar bagaimanapun berkata keputusan jumlah kerusi untuk AMANAH hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Pakatan Harapan.

“Kita tak tahu jumlah kerusi yang akan dipersetujui. Kalau ikutkan saya berpuluh kerusi kami mahukan, tetapi kita perlu menghormati keputusan Pakatan Harapan," kata Anuar.

NGO berhak dapat dana kerajaan.

Sementara itu Annuar berkata semua NGO berhak menerima dana daripada kerajaan tanpa pilih kasih.

Beliau merujuk kepada laporan bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengakui kerajaan memberikan bantuan dana kepada NGO Islam, termasuk Ikatan Muslim Malaysia (ISMA).

Bagaimanapun Annuar menegaskan pemberian dana tersebut tidak harus diberikan kepada NGO yang cenderung memecahkan perpaduan.

"Saya sendiri terkejut dengan berita ini tetapi semua berhak menerima bantuan seperti mana yang diumumkan oleh menteri terbabit.

"Kerajaan tidak boleh pilih bulu untuk memberi bantuan kepada mana-mana badan bukan kerajaan dan janganlah sampai membantu mana-mana pertubuhan yang bertujuan memecah belahkan perpaduan negara," katanya.

Pada sidang media yang sama Anuar juga turut memperkenalkan Naib Presiden AMANAH yang baru dilantik, Dr Hasan Bahrom serta empat lagi ahli baharu yang terdiri daripada ahli profesional selain melancarkan pendaftaran keahlian AMANAH secara atas talian. -Malaysiakini

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget