ADUN pembangkang Kedah pula dipanggil mengadap Selasa

Jemaah Pemangku Sultan Kedah dilaporkan telah memanggil kesemua 15 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang Kedah untuk bertemu di Wisma Darul Aman di Alor Setar esok.

Ia susulan pertemuan dengan 20 ahli DUN Barisan Nasional (BN) petang tadi yang bagaimanapun berakhir jemaah pemangku sultan kedah tanpa sebarang pengumuman dibuat.

Awal hari ini, pelbagai spekulasi tersebar di laman sosial terutama merngenai pengguguran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah selepas kehilangan sokongan majoriti kepimpinan UMNO negeri.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

ADUN PKR Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min mengesahkan bahawa mereka telah dipanggil bertemu anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah petang esok menerusi panggilan telefon dan mesej teks pada Isnin pagi.

Seramai 15 ADUN pembangkang terdiri daripada 8 yang mewakili PAS dan 7 daripada Pakatan Harapan iaitu 4 PKR, 2 DAP dan 1 Parti Amanah Negara (AMANAH) bagaimanapun belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam pada itu, pertemuan hampir 3 jam Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 ADUN BN pada Isnin petang tidak membuat sebarang keputusan berhubung isu itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah dan ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sekadar menyatakan bahawa pertemuan itu berjalan lancar.

ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin pula dilaporkan berkata pertemuan itu berjalan lancar dan ‘Menteri Besar yang baharu akan diumumkan sedikit masa lagi’.

Tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah Pengerusinya, Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta turut dianggotai Tunku Laksamana, Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tengku Panglima Besar, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. - BNBBC News

Post a Comment

UMNO di bawah Najib leadership....became " umno worthless political party!!!". "Up,Down,Left,Right or Centre" to vote for. What is "HILARIOUS!!!" seriously "HILARIOUS!!!".NONE of his sidekicks realize they all going to get slippers smack on their faces real soon. Beginning with najib himself.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget