S4S Miri lancar kempen menandatangani petisyen


MIRI: Jawatankuasa Sarawak for Sarawakian (S4S) Miri melancarkan kempen menandatangani petisyen menggubal satu akta referendum atau ordinan bagi melindungi hak-hak Sarawak.

Jurucakap S4S Miri, Ngieng Chew Seng berkata kempen itu akan dilancar pada 16 September, jam 2 petang di Bintang Megamall di sini.

“Kempen ini diteruskan sehingga 31 Disember akan datang. Sehubungan itu, kami berharap dapat mengumpul sebanyak mungkin tandatangan daripada warga Miri,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Antara perkara yang dituntut petisyen itu ialah melindungi hak dan kepentingan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia iaitu merintis dan menggubal perundangan baharu referendum supaya rakyat Sarawak berkuasa mengundi dalam menentukan hal ehwal awam yang penting.

Selain itu, memperkenan peruntukan tambahan dalam Perlembagaan Sarawak supaya mana-mana cadangan meminda atau menghapuskan peruntukan itu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan rakyat Sarawak melalui referendum sebelum Parlimen dan Kabinet Sarawak bersetuju.

Antaranya pindaan atau penghapusan mesti mendapat kelulusan rakyat melalui referendum ialah kebebasan beragama, kawalan imigresen, kedudukan istimewa Bumiputera Sarawak, pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar.

Petisyen ini juga menggesa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menyemak serta memperbetul status seperti termaktub dalam Perlindungan Khas supaya hak-hak Sarawak lebih terjamin dan adil.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget