“Ada yang lahirkan kebimbangan. Ada kata tak setuju. Ada kata 16 September tak sesuai dan sebagainya.
“Sebagai pengerusi BN saya menghormatilah pandangan-pandangan yang telah pun disampaikan rakan-rakan dalam BN.
“Sekiranya pertemuan tersebut nak diadakan, maka dia mesti patuh pada undang-undang sedia ada,” kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini.
Beliau yang juga perdana menteri mengingatkan orang ramai patuh kepada polis dan undang-undang.
“(Ini) termasuk (kesalahan) akta hasutan. Maknanya tak boleh bawa poster-poster berbaur perkauman, bawa isu yang dianggap hasutan ataupun perkauman.
“Dan tak boleh berlaku apa-apa pengeseran atau perbalahan,” katanya.-Malaysiakini
Post a Comment