'Tiada Kompromi Untuk Tindakan Media Putar Belit Fakta' - Ahmad Zahid


BAYAN BARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pengamal media bahawa pihaknya tidak akan berkompromi tindakan memutarbelitkan fakta dan menabur fitnah terutamanya di media sosial.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap dalang bertindak menyebarkan fitnah selepas terdapat dakwaan bahawa kerajaaan akan menyekat penggunaan media sosial mulai Selasa ini.

“Tiada kompromi bagi mana-mana media yang bertindak memutar belit fakta di bawah pimpinan saya,” kata Ahmad Zahid ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bayan Baru, di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya telah mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut dan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab itu menarik balik kenyataan berhubung sekatan tersebut kerana ia tidak berasas.

"Jangan buat fitnah bodoh, laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ... jangan rosakkan nama seolah-olah saya tidak faham perundangan atau bertujuan untuk semua pengendali media membenci saya," katanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan kebebasan media yang diberikan menjadi agen penyebar fitnah.

- Malaysian Digest

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget