Ramah-tamah Aidilfitri PBB Zon Kuching meriah




KUCHING: Ramah-tamah Aidilfitri Zon Kuching telah diadakan semalam dengan kehadiran dua pemimpin utama negara iaitu YAB Perdana Menteri, Datuk Patinggi Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Majlis anjuran Parlimen Petrajaya itu dihadiri hampir 3 ribu orang ahli PBB dari 13 cawangan PBB Zon Kuching dan dua parlimen termasuk Parlimen Santubong.

"Sambutan hebat ini adalah sebagai tanda soko0ngan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri kita", kata Dato' Seri Fadillah Yusoff dalam ucapan aluan beliau. Beliau percaya bahawa BN-PBB akan menang besar pada PRN akan datang.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana menyalurkan banyak peruntukan kepada Negeri Sarawak", kata Datuk Amar Abang Johari yang turut berucap pada majlis tersebut.

Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi lantikan Menteri penuh kepada Dato' Sri Wan Junaidi. "Syabas juga diucapkan kepada Ketua Menteri kita kerana berjaya menurunkan kadar elektrik, menghapus bayaran tol, menangkap pencuri balak serta orang luar yang menangkap ikan diperairan Sarawak", tambah beliau.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada rakyat Sarawak menyertai kabinet Menteri Persekutuan", tegas Adenan Satem yang juga menyatakan bahawa ahli PBB adalah kedua terbanyak selepas UMNO dalam gabungan BN.

Dalam majlis tersebut, Ketua Menteri Sarawak juga sempat memesan agar semua ahli ingat akan perjuangan pemimpin terdahulu dalam PBB.

Ketibaan jemputan khas pada malam itu disambut dengan persembahan silat, tarian kebudayaan dan 13 bunga api sebagai simbolik 13 cawangan PBB Zon Kuching.

Acara memotong pulut kuning turut diadakan sebagai menyambut hari lahir YAB Perdana Menteri ke 62.

Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu; Dato' Sri Wan Junaidi, Dato' Sri Rohani Karim, Datuk Amar Awang Tengah dan beberapa ADUN serta ketua cawangan PBB Zon Kuching.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget