PPKS Cawangan Miri terima geran RM35,000


MIRI: Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Cawangan Miri menerima geran berjumlah RM35,000 daripada wakil rakyat dan ahli politik semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di premis mereka di Piasau Camp Sabtu lalu.

Jumlah terbesar sejumlah RM20,000 disumbangkan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sementara RM10,000 disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin.

Turut hadir Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting yang menyumbang geran berjumlah RM5,000.

Pengerusi PKKS Miri Dennin Fredericks berterima kasih atas sokongan padu diberikan wakil-wakil rakyat serta masyarakat setempat yang penting dalam menggerakkan peranan dan aktiviti persatuan.

“Kita berjaya menganjurkan rumah terbuka adalah hasil sokongan semua dan berupaya membaik pulih premis yang uzur hasil keprihatinan semua,” katanya.

Hadir sama Presiden PPKS Julaihi Ismail dan Naib Presidennya Daud Piee.

Sekarang persatuan itu dianggotai seramai 400 ahli, bukan sahaja dari Miri tetapi dari Bekenu, Niah dan Marudi.

Projek membaik pulih rumah persatuan terbabit antara agenda utama mereka berusaha menambah jumlah keahlian dengan menghidupkan semula kempen merekrutkan ahli.

PPKS menyasarkan sejumlah 1,000 ahli dan penyertaan mereka juga untuk berkumpul bersama bekas rakan-rakan sekerja, sahabat lama serta menambah kenalan baharu.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget