Pas saran semua masjid adakan solat hajat untuk SPRM


KUALA LUMPUR : Pas menyarankan agar semua masjid di seluruh negara menganjurkan solat hajat pada Jumaat ini untuk mendoakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata, ‘Solat Hajat untukmu SPRM dan Selamatkan Malaysia’ itu bertujuan untuk memohon kekuatan dan keselamatan di kalangan pegawai SPRM dan keluarga mereka dalam usaha mereka membanteras rasuah.

“Suasana menekan ke atas SPRM ekoran isu siasatan 1MDB membabitkan Perdana Menteri menyebabkan penahanan dan siasatan ke atas Pegawai SPRM oleh pihak polis,” ujarnya.

Mahfuz menjelaskan dengan pengalaman beliau yang pernah disiasat oleh polis Cawangan Khas semasa di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pendekatan mental merupakan kaedah untuk menekan tahanan semasa soal siasat.

“Tujuannya ialah untuk menimbulkan ketakutan dan membuat pengakuan kepada perkara yang kita sendiri tidak lakukan.

“Hanya kekuatan rohani dan mental yang mampu menghadapi situasi itu. Disamping doa keluarga dan rakan-rakan untuk ketabahan dan ketenangan diri.

“Saya percaya inilah yang sedang dihadapi oleh pegawai dan kakitangan SPRM yang sedang diganggu keselamatan dan diancam ketakutan ekoran kesepakatan mereka memerangi rasuah,” ujarnya.

Semalam SPRM telah mengadakan solat hajat diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan suruhanjaya itu di Putrajaya selepas solat Zohor.

Pada Selasa lalu, polis menyoal siasat Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai berkaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Turut ditahan, Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

- The Rakyat Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget