Kutuk Muhyiddin galakkan bibit perpecahan parti, kata Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegur tindakan sesetengah blog pro Umno yang menghentam Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan dari Kabinet, menyifatkannya tindakan tidak bijak kerana ia membenarkan bibit perpecahan wujud dalam parti.
Tegas ketua Pemuda Umno itu, serangan demikian terhadap timbalan presiden parti itu mesti dihentikan.

"Sebagai ketua Pemuda Umno, saya berpendapat ini tindakan kurang bijak. Tindakan mengutuk beliau adalah tidak wajar. Kita tolak.

"Dan ia tidak mencerminkan budaya parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Katanya, bekas timbalan perdana menteri itu serta Datuk Seri Shafie Apdal – kedua-duanya antara yang digugurkan dari Kabinet minggu lepas – perlu dihormati kerana mereka masih memegang jawatan sebagai timbalan presiden dan naib presiden parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai blog myKMU.net yang menggesa agar Muhyiddin digugurkan dari jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

Sejak penyingkiran mereka daripada Kabinet, Muhyiddin dan Shafie sering dikritik penulis blog pro-Umno terebut.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie sebelum ini secara terbuka menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari segi cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pemecatan Muhyiddin bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno peringkat negeri Johor hingga dua pemimpin sayap Pemuda meletak jawatan dan soalan dibangkitkan terhadap Najib berhubung 1MDB dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget