Isu lapuk PKR kelirukan rakyat


SIBU, Jumaat - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee membidas isu-isu lapuk yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih undi dan sokongan rakyat. Katanya, PKR tidak mempunyai rekod baik dalam politik dan isu-isu lapok yang dimainkan oleh mereka adalah untuk mengelirukan rakyat dan meraih sokongan rakyat.

"Saya tidak rasa yang mereka (PKR) boleh mendapat sokongan padu daripada rakyat di kawasan Nangka. Mereka lantang bersuara, dengan mempersoal dasar-dasar kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita rakyat Sarawak tidak memerlukan parti politik seperti ini, kerana kita cintakan keamanan dan keharmonian," tegasnya sambil memberitahu beliau kini ingin lebih memberi fokus kepada isu infrastruktur, ekonomi dan pendidikan yang amat penting untuk menjamin pembangunan di kawasan Nangka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Khidmat Nangka, baru-baru ini. Dr Annuar memberitahu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM7 juta untuk perlaksanaan kerja-kerja menambah baik jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka tahun ini.

Menurutnya, semua rumah panjang di kawasan terbabit juga telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang lebih baik, bekalan api elektrik dan air bersih. "Kerajaan akan merancang dan melaksanakan lebih banyak pembangunan di kawasan ini secara berperingkat pada masa akan datang. "Bagi saya, arena politik merupakan satu cara kita membawa kebaikkan kepada rakyat dan bukan berpolitik itu untuk kepentingan diri.

"Apabila pengundi telah memberi kita mandat, bermakna mereka menaruh kepercayaan tinggi terhadap kita untuk menyuarakan hak mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.-Utusan Sarawak

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget