Beri peluang pekerjaan kepada golongan muda, kata Annuar



SIBU: YB Dr Annuar Rapaee menyeru agar lebih banyak peluang pekerjaan diberi kepada golongan muda dalam ucapannya di Pusat Khidmat DUN Nangka semalam.

"Saya akan sedaya upaya membantu persatuan di Sibu", kata ADUN N49 Nangka semasa menyerahkan bantuan kepada 7 persatuan berjumlah RM35 ribu.

Persatuan yang menerima bantuan MRP dari ADUN Nangka itu ialah Junior Chamber Mandarin Sibu, Razz Chopper Motor Club Sibu, Sibu Sikh Temple, Persatuan Bekas-bekas Polis Cawangan Sibu, Persatuan Bekas Tentera Cawangan Sibu, Persatuan Pemilik Teksi Bumiputera Sibu dan Persatuan Kebajikan Melanau Kampung Nangka.

Dr. Annuar juga berharap agar persatuan dari pelbagai bangsa dan agama itu dapat berganding bahu dalam berjuang membantu masyarakat di Sibu.

"Saya berharap dengan bantuan yang diberikan dapat melancarkan aktiviti yang dirancang oleh persatuan-persatuan ini", tambah beliau sambil menjemput semua persatuan tersebut untuk sama-sama menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri yang bakal diadakan pada 15 Ogos akan datang di Masjid An-Nur.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Hussain Abdul Rasit.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget