Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah sertai PAS



ALOR SETAR: Bekas Naib Pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, menyertai PAS selepas menyerahkan borang permohonannya kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS negeri di sini, semalam. 

Syed Araniri yang menyertai DAP pada Januari 2012 mendapati perjuangannya bersama DAP selama hampir dua tahun hanya sia-sia dan tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya. 

Katanya, DAP hanya memancing beberapa tokoh Melayu untuk dijadikan alat bagi menarik undi ketika Pilihan Raya Umum (PRU), namun bimbang jika orang Melayu atau Islam menjadi dominan dalam parti itu. 

"Mereka ini hanya berpura-pura mendekati orang Melayu dan Islam tetapi hakikatnya tidak ikhlas...mereka mahu undi orang Melayu, tetapi tidak mahu Melayu dominan di dalam parti. 

"Saya menyertai DAP dulu kerana percaya parti itu penuh dengan integriti, tetapi saya akhirnya sedar ia hanya pura-pura dan hakikatnya lain," katanya ketika ditemui di sini.-Bharian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget