Abang Jo lancar 11 KRT baharu DUN Satok





KUCHING, 4 Ogos: 12 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk DUN N8 Satok semalam mendapat geran sumbangan sebanyak RM 22,000 dari Ahli Parlimen Petrajaya dan ADUN N8 Satok semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri N8 Satok semalam.

Majlis ramah tamah gabungan dan pelancaran 11 KRT baharu itu telah dirasmikan oleh Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri Sarawak merangkap ADUN N8 Satok.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Merpati Jepang itu Abang Johari berkata,"Satok mempunyai penduduk pelbagai kaum yang mana mempunyai kerjasama yang erat dikalangan mereka".

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Encik Dirwana Haji Azool, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarawak. Beliau berkata, "Penubuhan KRT ini akan dapat menjalinkan hubungan diantara masyarakat kerana setiap KRT mempunyai 20 AJK yang mana dapat memantapkan lagi pelbagai usaha kerajaan".

"Semakin banyak tertubuhnya KRT, perpaduan dalam kawasan akan menjadi semakin kuat dan kukuh", katanya yang juga mengharapkan agar program sebegini diteruskan demi kesinambungan perpaduan di antara penduduk di kawasan Satok. 

Turut sama hadir menyerikan majlis tersebut ialah Tan Sri Jamil Johari, Tan Sri Ahmad Urai, Pemanca Haji Rosli dan beberapa pemimpin masyarakat yang lain.-SarawakLIVE


Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget