Teknologi komunikasi memberi maklumat lebih cepat: Simoi


SRI AMAN: Penggunaan teknologi komunikasi secara meluas dapat memberi maklumat lebih cepat dan pantas dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata negara yang tidak mengutamakan teknologi akan ketinggalan dalam era pembangunan kerana kemajuan itu banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

“Contohnya, dari segi pendidikan mewujudkan sekolah bestari malah pelajar mendapat maklumat dari seluruh dunia melalui Internet,” katanya pada program ‘Ju Berambeh’ anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sri Aman di Masjid Salatul Rahman, Stumbin semalam.

Jelasnya, program itu berjaya memperkenal cara-cara menggunakan komputer untuk membantu memahami dan menggunakan teknologi maklumat secara lebih berkesan.

Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka mempelajari ilmu teknologi kerana penting bagi anak-anak celik teknologi maklumat,” jelasnya.

Hadir sama Pemanca Mas Shamsiah Maslem, kakitangan JAIS Sri Aman serta penduduk kampung terbabit.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget