Ceramah politik DAP dibatal ekoran jerebu


KUCHING: Ceramah politik anjuran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak pada esok hari (15 September) di Kuching City Mall dibatalkan ekoran jerebu yang melanda bandar raya ini.

Menurut pembantu setiausaha DAPSY Daniel Tan menerusi kenyataan akhbar di sini semalam, tarikh baharu ceramah itu akan dimaklumkan kemudian.

“Kami amat mementingkan keselamatan dan kesihatan mereka yang akan menghadiri ceramah ini, sebab itu kami menangguhkan penganjuran ceramah politik ekoran jerebu yang melanda di bandar raya ini,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa ceramah itu akan diadakan sebaik sahaja keadaan udara di bandar raya Kuching kembali sihat untuk orang ramai berkumpul di luar.

Pada masa sama, Daniel berkata pihak DAP menasihati orang ramai khususnya penduduk di kawasan yang terjejas akibat jerebu mengurangkan aktiviti di luar rumah.

“Kami juga mengingatkan orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang keadaan udara yang tidak sihat ini,” ujarnya.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati menggunakan topeng jerebu ketika berada di luar rumah.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget