Nik Abduh: PAS bukan parti katak


PAS bukan parti katak sebaliknya pemimpin parti itu yang lompat parti itu dianggap sebagai "katak" yang sebenarnya, kata Ketua Pemudanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"PAS bukan parti katak. Individu itu sendiri yang jadi katak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung kenyataan Presiden PERKASA yang "mentertawakan" ahli politik PAS yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Semalam veteran politik itu memulangkan "paku buah keras" kepada PAS ekoran ramai pemimpin dan ahli politik PAS meninggalkan parti itu menyertai kumpulan lain, termasuk PKR atau AMANAH.

Terbaru Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Sekarang siapa bapa katak? Ludah jatuh ke muka sendiri. Malu, malu. Sebab itu jangan tuduh dan menghina orang. Akhirnya jatuh atas hidung sendiri," kata Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran pelbagai masalah yang melanda parti ketika ini, Nik Abduh yang berkata perkara itu bagaimanapun menguatkan lagi anggota parti untuk terus memperkukuhkan PAS.

"Bila terjadi isu sebegini (lompat parti), ahli PAS tunjuk istiqamah yang tinggi untuk kukuhkan PAS," katanya lagi.

Sementara itu, ekoran pasukan bola sepak negara yang tewas dengan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 10-0, ahli parlimen Pasir MAS itu berkata, Pemuda PAS berhasrat untuk bertemu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

"Kita berhasrat untuk bertemu dengan FAM dalam masa terdekat. Masih lagi dalam perancangan nak jumpa FAM untuk dapatkan gambaran sebenar daripada FAM selepas dikritik teruk," katanya lagi.

Kekalahan skuad kebangsaan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 awal bulan ini, FAM dikritik teruk oleh semua pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Malah, Dollah Salleh turut meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya kerana kekalahan itu.-Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget