Hamsen harap pelan ekopelancongan Sematan/Lundu dapat direalisasikan


LUNDU: Pegawai Daerah Lundu, Hamsen Atar berharap agar pelan induk atau ‘masterplan’ ekopelancongan Sematan/Lundu dapat direalisasikan.

Menurutnya, penganjuran program seperti Volunteer Malaysia membuktikan bahawa negeri ini memerlukan generasi muda yang dapat memberi kejutan dalam pembangunan negara dan negeri ini.

Sehubungan itu, penganjuran program seperti itu secara tidak langsung memberi rangsangan kepada generasi muda membangunkan negara dan negeri ini.

“Terima kasih kerana memilih Lundu sebagai lokasi program hari ini (semalam) dan ia pasti dapat memberi satu kejutan (Wow Factor!).

“Pelaksanaan program ini menunjukkan gambaran bahawa Lundu yang dahulunya sunyi sepi mempunyai gambaran baharu terhadap daerah ini.

“Dengan itu juga, kita berharap agar ‘masterplan’ ekopelancongan Sematan/Lundu dapat direalisasikan dan sebab itu kita mengiktiraf setiap program yang dibawa di sini,” katanya pada Program Volunteer Malaysia di Pantai Pandan di sini semalam.

Tambahnya, sumbangan sukarelawan pelbagai lapisan masyarakat khususnya Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta iM4U dapat membantu membersihkan pelan induk yang dirancang itu.

“Sumbangan semua amat bermakna memberi pengajaran dan menggalakkan penduduk agar tidak membuang sampah di kawasan pantai kita.

“Justeru itu, kita di sini berharap agar pelan induk yang sedang dalam perancangan dapat direalisasikan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Profesor Madya Wan Akil Tuanku Abdullah, Timbalan Ketua Kaum Alang Rosli, Kordinator Majlis iM4U FM, Junaidi Al-Johary Jamil dan seramai 600 sukarelawan.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget