Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.
Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.
"Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka.
"Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di Johor Baru, hari ini.
Lim berkata demikian ketikta diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.
Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung.
– Bernama
Post a Comment