Himpunan baju merah tak hormat Hari Malaysia


SEKILAS PANDANG: Tak kira bertapa bagus, menarik atau berkarisma seseorang ahli politik, tindakan mereka lebih memberi makna berbanding kata-kata.

Dalam kata lain, kredibiliti mereka hanya dibuktikan melalui iltizam dan keikhlasan dalam bertindak.

Kita mendengar pemimpin kita bertanggapan Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap mereka. Kita dengar mereka janjikan pemisahan kuasa, dengan menghaburkan pujian serta laungan kebanggaan. Adakah semuanya akan direalisasikan?

Sekiranya anda menyoal Adun Jeffery Kitingan, jawapan beliau tentu sekali "Tidak".

Adun Bingkor itu menempelak pemimpin Umno dan kerajaan persekutuan baru-baru ini, dengan mendakwa Hari Malaysia pada 16 September tidak memberi makna bagi mereka.

Dalam laporan Free Malaysia Today, Jeffery menyuarakan kekecewaan kerana pemimpin Umno tidak melarang ahli mereka menyertai himpunan baju merah di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia nanti.

"16 September 1963 merupakan hari Borneo Utara dan Sarawak memilih bersama Malaya dan Singapura dan ia perlu dihormati serta ditegakkan".

Beliau mendesak perdana menteri dan timbalannya memperbetul keutamaan, serta menumpu kepada harapan rakyat.

Jeffery turut memberi amaran kepada Umno Semenanjung agar tidak memujuk ahli dari Sabah turun ke KL pada perhimpunan itu.

"Kami mahu mereka hormati Hari Malaysia di Sabah, dan bukan turut serta dalam perhimpunan anti-Cina di Semenanjung. Bagaimana ahli Umno Sabah mahu berdepan masyarakat Cina di Sabah selepas mengambil bahagian di Kuala Lumpur nanti? Rakyat Sabah dan Sarawak tidak taksub dengan isu perkauman dan agama."



Baju merah berkata mereka berhak berkumpul, walaupun mendapat tentang polis.

Ramai pihak termasuk Jeffery tidak setuju dengan laungan berbaur perkauman dan tindakan mereka memilih Hari Malaysia, namun mereka tetap akan teruskan.

Namun, lebih mengecewakan ialah sikap pemimpin Umno yang tidak melarang ahli mereka turut serta.

Itu menggambarkan sikap mereka terhadap Hari Malaysia, yang penting bagi rakyat jelata, terutama di Sabah dan Sarawak.

Mereka jelas tak hargai pengorbanan dan usaha penduduk Sabah dan Sarawak mempertahan tanahair, terutama di dalam insiden konfrontasi Indonesia_Malaysia.

Mengapa tidak dilarang ahli mengambil bahagian di dalam perhimpunan sebegitu, sedangkan ramai yang mati mempertahan perpaduan di negara ini?

Lupakah mereka semangat keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa?

Lupakah Umno bahawa penubuhan Malaysia merupakan salah satu kemuncak kejayaannya?

Inikah cara pemimpin hari ini menghurmati usaha mereka yang telah pergi meninggalkan kita?-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget