UMNO tiada hasrat ke Sarawak, PBB lebih layak :Najib




KUCHING: "UMNO tiada hasrat untuk membuka cawangan di Sarawak kerana PBB lebih berhak", tegas YAB Datuk Patinggi Najib Razak dalam ucapannya semasa majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PBB Zon Kuching semalam.

"Saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, parti PBB dan parti komponen BN Sarawak", kata Najib sambil mengatakan bahawa PBB adalah sebuah parti tulang belakang kepada Barisan Nasional.

Selain itu, beliau amat kagum dan menyatakan boleh bergantung harap dengan PBB dalam menyumbangkan banyak kerusi dalam Barisan Nasional semasa pilihanraya.

"Kita mempunyai lapan menteri kabinet dari Sarawak dan ianya merupakan sejarah dalam Malaysia. Ini kerana kekuatan PBB dan Barisan Nasional Sarawak amat kuat dan ia perlu diiktiraf",tambah beliau.

"Pelantikan lapan menteri ini adalah pengiktirafan Persekutuan untuk Sarawak dan ia kita lakukan untuk mengukuhkan intergrasi nasional antara wilayah", tambah beliau yang juga percaya bahawa dalam jumlah perlantikan yang ramai ini akan menjamin pembangunan yang lebih mantap di Sarawak pada masa depan.

"Saya akan datang semula ke Sarawak untuk mengumumkan sesuatu atas keikhlasan yang ditunjukkan oileh rakyat Sarawak," tambah beliau.

Dalam ucapan itu, Najib sempat menyatakan harapannya agar Sarawak terus kekal dalam Malaysia. "Rancangan sesetengah pihak untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia adalah perkara karut", tegas beliau.

Dalam majlis yang sama, Najib diraikan dengan acara memotong pulut kuning sebagai menyambut hari lahir beliau yang ke 62.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di BCCK semalam ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem; Speaker (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan pimpinan PBB Zon Kuching.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget