BETONG, 8 Ogos; YB Datuk Douglas Unggah menyeru agar penduduk Parlimen Betong terus bersama Barisan Nasional, dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Bungin semalam.
"Tiada calon lain selain YB Razi Sitam", tambah beliau yang menyatakan bahawa ADUN Saribas tersebut merupakan calon paling sesuai pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.
Menurut Ahli Parlimen Betong itu, Kampung Bungin merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan belau amat berbangga dengan perpaduan penduduk kampung tersebut. "Kampung Bungin akan dijadikan kampung contoh"' tambah beliau lagi.
Selain itu, Datuk Douglas menegaskan bahawa beliau akan bekerjasama dengan pihak MPOB untuk memberikan kemudahan jambatan untuk mengeluarkan buah sawit dari kawasan seberang sungai.
"Kerajaan menerusi RMK11 akan meneruskan lagi peningkatan ekonomi untuk penanaman kelapa sawit", tambah beliau sambil menasihatkan pengusaha ladang sawit yang mempunyai lesen perlu menambahkan lagi tanaman sekiranya mempunyai tanah dan kemampuan agar pendapatan semakin bertambah.
Pada majlis yang sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia itu juga mengumumkan peruntukan untuk membuat parit konkrit Kpg Hulu sebanyak RM50 ribu, Kpg Hilir juga sebanyak RM50 ribu, tapak Pesta Bungin sebanyak RM35 ribu dan untuk Jalan lorong pula sebanyak RM60 ribu.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bungin itu turut dihadiri oleh ADUN Saribas, YB Razi Sitam yang mana pada pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 lepas telah menang majoriti 1,728 undi mengalahkan Abang Zulkifli Abang Engkeh dari PKR.-SarawakLIVE

Post a Comment