Kami akan fail kes ke mahkamah, kata Raafidin PKR



SIBU: Barisan peguam PKR akan menfailkan kes ke mahkamah jika jumlah kutipan derma mangsa kebakaran Kampung Datu tidak diumum dan diserah kepada mangsa, kata abdul Raafidin Majidi dalam ceramah di Sara Cafe.



"Jika saya menang dalam PRN akan datang, saya akan memastikan semua duit serma tersebut dipulangkan kepada semua mangsa kebakaran Kampung Datu", kata bakal calon PKR DUN Nangka itu.

Beliau yang juga seorang peguam menyatakan bahawa sejak tahun 2013 sehingga sekarang, jumlah kutipan derma untuk kebakaran itu tidak pernah didedahkan.

"Jika Kampung Datu dipindahkan ke kampung baru, apa akan terjadi kepada kawasan Kampung Datu yang mana ia merupakan kampung tertua di Sibu?", soal beliau sambil menyeru agar semua hadirin agar sama-sama berfikir. "Kita membantah kerana mahu hak rakyat dikembalikan", tambah beliau.

"Rakyat tidak mendapat apa-apa selama 50 tahun Barisan Nasional memerintah", ujarnya.

Selain itu, Raafidin juga menyentuh isu pemecatan panel penyiasat PAC, Timbalan Perdana Menteri dilihat hanya sebagai agenda tutup mulut sambil menegaskan skandal 'derma RM 2.6 billion' Najib adalah tidak logik.

"Jika benar duit RM 2.6 billion itu digunakan untuk tujuan kempen, ahli PBB yang hadir diminta untuk tanya dimana duit peruntukan untuk DUN Nangka kepada Najib", tambahnya lagi.

Turut sama hadir dalam program ceramah PKR itu ialah YB Nurul Izzah, YB Baru Bian dan beberapa pimpinan PKR Negeri Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget