Ramesh Rao mendakwa memiliki bukti Tun M mengarahkan Clare untuk memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan.
PETALING JAYA: Ramesh Rao memberi amaran supaya rakyat Malaysia tidak terkejut jika ada rakaman suara yang menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Clare Rewcastle-Brown.
Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu mendakwa, rakaman itu membuktikan bekas Perdana Menteri bersekongkol dengan pemilik Sarawak Report itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jangan terkejut perjumpaan Dr Mahathir dan Clare ada recoder yang menunjukkan Mahathir arahkan Clare untuk burukkan Najib,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Rabu.
Dia menyifatkan Dr Mahathir sudah hilang ingatan dan nyanyok kerana menggunakan media asing untuk memburukkan pemimpin dan negara ini.
“Saya nak ulang balik sewaktu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat bila media asing serang Malaysia dia (Dr Mahathir) bidas media asing kononnya Yahudi dan jangan percaya dengan berita.
“…Tetapi hari ini Dr Mahathir upah Clare untuk hentam kerajaan Malaysia dengan menjemput dia (Clare) ke Yayasan kepimpinan Perdana dan pergi ke London berjumpa,” katanya.
Ramesh berkata, Dr Mahathir juga sudah ‘nyanyok’ apabila mengatakan demokrasi di negara ini telah mati di bawah kepemimpinan Najib dan demonstrasi tidak lagi dibenarkan.
“Pada 1998, peserta demonstrasi diterajang macam binatang termasuk saya ketika itu yang menyokong reformasi Anwar.
“Itu semua atas arahan Dr Mahathir tetapi zaman Najib tidak ada seorang pun peserta perhimpunan BERSIH kena belasah macam binatang.
” Sekarang Dr Mahathir pula menghasut (gulingkan Najib dengan demo). Ini tidak boleh.
“Jangan nak menghasut buat demonstrasi jalanan, kenapa nak melawan kuasa Agong, Najib dilantik dengan perkenan Agong bukan dia. Mahathir ni bodoh ke?,” katanya.
- Free Malaysia Today
Post a Comment
Salah besar ke? Orang yang menyeleweng, rasuah, salahguna kuasa, tak rasa bersalah pun. Whitle blower yang nampak macam orang jahat pula. Apa nak jadi dengan Malaysia, dah jadi negara korup tahap 4.
Dei macha orang melayu ada ckp ''cakap tak guna tembak tak kena''.Kasi keluar itu bukti baru boleh ckp 1 dunia.Ini muflis punya orang ada duit sudah masok.