Geran MRP berjumlah RM995,000 diagihkan kepada 60 penerima

KAPIT: Geran Projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM995,000 diagihkan kepada 60 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab dan persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO) di daerah Song.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Datuk Ambrose Blikau menyampaikan geran MRP dan menyerahkan surat pelantikan kepada ketua masyarakat di Dewan Masyarakat Song.

Blikau menggesa rakyat melaksanakan projek menerusi usaha sama atau program gotong-royong dilakukan dengan penduduk rumah panjang dapat menjimatkan kos dan baki dapat disimpankan dalam akaun JKKK.

“Bagaimanapun, berbeza dengan projek berskala besar tidak dapat dilakukan dengan gotong-royong seperti pembinaan jambatan besi memerlukan jentera berat,” jelasnya.

Beliau turut berharap mereka yang memohon dan masih belum menerima geran agar bersabar memandangkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah dan keperluan rakyat.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Jefferson Jamit Unyat, Pegawai Daerah Song Jackline August, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Laga Kueh, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Kapit Peggy Runin, Pemanca Gudang Geramong dan ketua-ketua masyarakat.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget