Wanita BN Kecewa Dengan Tun M


KUALA LUMPUR - Wanita BN kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 pada hujung minggu yang lalu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita BN rasa amat sedih kerana bekas Presiden mereka memberi sokongan kepada perhimpunan haram.

"Kesemua minta saya nyatakan rasa kecewa dan kesedihan kami apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hadir semasa Bersih (4.0).

"Mereka memberi mandat kepada saya minta buat kenyataan ini bahawa semua mereka rasa amat kecewa dan sedih dengan kehadiran Tun (Dr Mahathir) ke perhimpunan haram yang dinamakan Bersih," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita BN di ibu pejabat Umno hari ini.

Dr Mahathir mengejutkan ramai pihak apabila turun dalam perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.-Rakyat News

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget