TYT hadiri Majlis Kesyukuran di Masjid An-Nur


SIBU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Majlis Kesyukuran di Masjid An-Nur di sini malam kelmarin.

Hadir sama isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Majlis tersebut sempena Sambutan Perayaan Hari Jadi TYT Ke-79 di Dataran Bandar Sibu di sini semalam.

Tun Taib tiba di Masjid An-Nur sekitar jam 6 petang untuk menunaikan solat Maghrib bersama masyarakat Islam.

Setelah selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin, zikir marhaban dan doa kesyukuran.

Majlis diteruskan dengan jamuan malam sebelum keberangkatan pulang Tun Taib serta isteri dan dif-dif kehormat lain.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee serta tetamu lain.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget